Tuesday, January 31, 2012

Think you're creative? Fight with the best in Malaysia's creative industry and prove it! #TheAdprentice

Think you're creative? Fight with the best in Malaysia's creative industry and prove it! #TheAdprentice: IACT College is giving high school students the chance to test their creative abilities against real professionals in The Adprentice. Using real-life briefs, participants will not only craft their very own advertising campaigns from the ground up, but pitch them to a panel of judges with the hope that their idea is a winning one. Awaiting the finalists are prizes such as IACT College scholarships, and a grand prize of RM20,000.

Tuesday, June 21, 2011

Prefect Trip To KL(Kisas)Part2

Assalamualaikum.......

Kini Mad Lillah kembali untuk menyambung kembali ceritera-ceritera Prefect Trip To KL Part 1......

Lebih kurang 5.00 pagi la....... Tetiba jer kedengaran suara yang sungguh merdu lagi menyedapkan(suara Abg Nazmi)....."Mad Lillah...! Mad Lillah.....! Bangunlah..... Dah nak subuh nier..... JOm arr solat......",Nazmi(Ayat dya lebih kurang cam nier arrr....)...."Yer......Sat arrr......Sat aku bangun arr Nazmi......",Mad Lillah...... Pada waktu nier....Abg Nazmi seorang jer yang bangun awal(Disiplin)....Dia yang gerak semua org turun solat subuh(Bertanggungjawab).......
 Lepas semua org dah get ready....solat subuh pun sudah.....Semua pengawas pun berkumpul......
Pagi nier..... Kami(Prefect) bercadang nak pergi ke KLCC...Mesti nak kena beratur(ramai org)....Tak perlu pun...Nasib baik Cikgu Nasar dah booking...Fuhhhh..Lega.....

Waktu mula-mula......Kami(prefect) telah dibahagikan kepada dua kumpulan.....Kumpulan Hijau and Kumpulan Blue(NO negative thinking please....)Cikgu Lah geng Blue manakala Cikgu Nasar Geng Hijau....
Apa-apa pun Geng Blue naik dulu.....Bila naik lif dya....berdesing telinga(pressure)....Yang syok nyer...Bila sampai jer kat atas....Abg yang jaga tu pun berkata......"We give 15 minute for all of you to look around"....As usual,semua org happy but ade juga org yang happy + takut.....hehehehe..... Lawak tul la budak tu.....SEmua org rilek jer.....Tapi dia duduk bertinggung pulak...!!! Tapi Gua salute sama itu budak la...sebab akhir sekali dya memberanikan diri unutk melawan penyakit kegayatannya itu....hahahhaha.....Cute tul la dya tu...... Then abg tu suruh kumpul cause masa lawatan dah habis......

Selepas menunggu sekian lama.....Muncul lah kumpulan Green(Hornet and Lantern)....Lega beb wa cakap sama lu..... Lepas pi KLCC....Kita orang singgah kejap kat Petrosains...... Syok jugak arr pi tempat tu.....Banyak benda yang boleh dipelajari disana terutama sekali benda yang berkaitan dengan sains... Kami diberi masa selama 2 jam untuk menghabiskan explorasi di petrosains....Tetapi masa yang diberi tidak cukup untuk pengawas mashoorianz nak explore tempat yang besar tu..... Tu pun nak kena paksa semua org balik...Baru dia orang nak balik.....Kalau tak hampeh...!!!! Kami mengejar masa sebab dah buat appoinment dengan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya..........Kalau tak, boleh jer nak extend time tu.....

Hmmm....... Lebih kurang 2.45 p.m...... Rombongan pengawas pun sampailah kat Putrajaya...... Sesampai jer disana....Kebanyakan pengawas memulakan aktiviti mencari tandas(ape lagi...perbetul rambut arr tu)...... Then...Bila semua orang(pengawas) dah sedia...Cikgu Nasar and Abdullah pun buat spotcheck(baju...songkok...kasut...) Semua pengawas lengkap kecuali....Ade la seorang mamat nier(Dah arr songkok tak bawa+kasut sepatu pun tak bawa=dok wat king lak)....Hahahaha....Lepas cikgu Nasar tegur...Membe tu terus tarik muka kot.....Maklumlah....Malu la tu.....Hehehe......
Disebalik kisah nier.....Terselit sebuah lagi kisah yang amat mengelikan hati....Yakni dimana seorang Insan yang digelar dua alam telah terperangkap didalam tandas dekat Putrajaya tu (Pelikkan.....!!!!) .... Hahahha...Anyway dua alam tu dapat survived dengan memanjat keluar dari tandas tersebut......Hahahahaha....Tak boleh belah betul la.... Selepas semua org dah cukup....Kami(pengawas) telah dijemput oleh someone untuk masuk kedalam Jabatan Perdana Menteri.......Tapi leh tengok luar jerr and tak leh jumpa ngan Perdana Menteri(Sapa suruh tak buat appoinment!!!)..... Bersyukur la jugak dapat masuk dalam tempat.... Tempat tu memang cantik..... Seni bina banggunan tu daripada tamadun ROM and ade gak seni bina islam seperti Kubah..... Tapi memang cantik.... Kecantikan banggunan tu taklah secantik Masjid Sultan Mizan(Masjid Besi)...Allah hu Akbar.... Punya lah cantik.... Rasa cam dok kat Mekah tu.... Dekat masjid nier.... Ade gak kisah yang menyedihkan....(Skip arr Part-part sedih nier...)

Then semua orang penat......Sunyi jer bas waktu balik dari Putrajaya(Pemandu bas dah sesat....Pusing Dua kali tapi tak jumpa Highway)..... Lepas sampai kat UM....(penginapan arr)......

To be Continued.....

Friday, June 17, 2011

Prefect Trip To KL(Kisas)Part1

Assalamualaikum,

Pertama sekali...Mad Lillah nak minta maaf banyak-banyak sangat cause tak dapat nak update blog secara consistent disebabkan Mad Lillah perlu bersedia untuk SPM yang akan datang tidak lama lagi.......

Baru-baru nier bersamaan dengan 13/6/2011(Monday)-15/6/2011(Wednesday).....Mad Lillah and the prefect gang telah mengadakan lawatan ke KL selama 3 hari 2 malam......
Syok la jugak sebab ini merupakan kali pertama Mad Lillah menyiapkan Paperwork untuk lawatan nier.....(Itupun atas bantuan Ahmad Nazmi and Amirul Adlan/Dua Alam)

Nak mula dari mana yer......??????
Tak pe la....Kita mula dari hari yang nak bertolak tu....Ari Isnin.....
Waktu ari nier..... Semua org bersemangat terutama sekali ABG-ABG Form 5( tak tahu la sebab pa)...Muka dia orang berseri-seri.....Hahaha..... Selepas cuti 2 minggu...Prefect dapat cuti 3 hari lagi..... Lepas semua pengawas dah get ready....beg pun dah letak kemas-kemas..... semua dah happy......Tapi ade gak hamba allah yang tak happy......Tetiba jer dya marah.....(Alah biasa arrr Budak-Budak suka gaduh).... Masa nak naik bas tu tetiba jer perut Mad Lillah rase tak sedap....(rase semacam gitu).... Lepas semua org dah naik....
Tkp pun volunteer nak baca doa.....Tau ker TKP tu apa...????.....Kemudian, perjalanan kami pun bermula....
The journey has started......

Masa dalam bas semua org happy sangat......Ade yang bawa Laptop....N8.....Dan macam -macam lagi....
Semua ngah buat kerja masing-masing.....Tetapi Mad Lillah jer yang tak happy sebab perut tengah senak.... Pelbagai langkah telah diambil untuk melegakan rasa senak tu.....Antaranya tido.....Selepas bangun dari tido yang nyenyak (Nyenyak ker???).... Mad Lillah lega sangat sebab dah sampai kat Perhentian R&R Sungai Perak....(ALHAMDULILLAH).... Mad Lillah pun kalut cari tandas.....Fuhhh,,,,Lega......Lepas tu makan ubat jap...Terus perut ok jer....Yang lain-lain tu.....Semuanya cari tandas semata-mata nak perbetul sini lah sana lah situ lah....(Rambut)...Maklumlah nak jaga penampilan kan....!!!!!

Then....Kita orang ada berhenti kat R&R *some text missing*....Lepas makan....We continue our journey straight away to Universiti Malaya,KL...

Jam 2.30 petang.....Kita orang sampai kat UM.... Selepas Cikgu Nasar and Cikgu Abdullah dok manage room untuk prefect..... Semua prefect diminta berkumpul dan memilih rakan bilik....Part nier Mad Lillah tak suka sangat sebab ade perselisihan sikit....Semua org nak pilih rakan sebilik yang bawa "sesuatu".... So kita skip arr part nier...... Petang ari isnin nier semua org tak keluar sebab tak larat kot.....

Then malam pukul 8.00 p.m baru kita orang keluar gi I-City.....Boleh tahan jugak lah tempat tu..... Cantik and Mengagumkan.....Penuh ngan lampu L.E.D jer tempat tu.... Pastu ada Green Man...... Karaoke..... Arcade..... and banyak lagi la..... Pastu semua org pun dah tak larat.... Cikgu pun decide tuk balik ke UM(Penginapan)....Tido lar tu..... Hahaha..... Tapi bagi remaja "malam masih muda" so kita org pun lepak arr kat kedai yng berdekatan..... Nasib baik kedai tu buka sampai kul 2 pagi..... Lepas dah kenyang semua prefect naik arr masuk bilik... Mad Lillah ingat semua dah tido tetapi tak.... Dia orang semua datang lepak kat bilik Mad Lillah and Lutfi(B*L*)...sebab kita orang jer yg bawa Lappy....So, Mad Lillah pun tak leh tido....Mad Lillah pun berborak berchat and berlawak ngan adik-adik junior......Sambil tengok foto-foto yang telah di SNAP.....Dah pukul 2.00 pagi....Kebanyakan dah tido kecuali Mad Lillah...Amirul Adlan(Dua Alam)...Lutfi....Zulfahmi(Cicak)....and....Anuar(Saya tido pukul tige)....Hahahaha......Then Mad Lillah and Anuar fall a sleep except Dua Alam and Lutfi..... Dia orang tak tido malam tu.....

---THE END OF PART 1---


Wednesday, January 5, 2011

HUKUM SAMBUT TAHUN BARU MASEHI BAGI MEREKA YANG BERAGAMA ISLAM

Amat malang saudara-saudara kita di Palestin, dalam keadaan mereka dibunuh, disembelih, dicemar kehormatan dek tangan-tangan penjarah dan anjing-anjing neraka, Yahudi Laknatullah ‘alaihim ajma’in, saudara-saudara mereka di Malaysia dan lain-lain lagi sibuk menyambut perayaan yang membesarkan Tuhan selain Allah, membesarkan syariat selain syariat Islam, memuja ajaran kufur yang mengatakan Tuhan itu Tiga tapi satu satu tapi tiga.

Ya, saudara-saudara mereka pada malam ini akan menyambut Tahun Baru Masehi, perayaan yang padanya dizahirkan Syiar Agama Nasrani yang syirik yang dilaknat Allah s.w.t. Mereka melupakan saudara mereka yang ditindas, membiarkan mereka terkapai-kapai mencari pertolongan tetapi tidak diendahkan…Wang dan harta benda dibelanjakan untuk membesarkan ajaran Kristian sedangkan saudara se-Islam mereka memerlukannya untuk berjihad menjaga kesucian Baitul Maqdis, tempat Isra’ dan Mikraj Muhammad Rasulullah s.a.w.

Apakah Tahun Baru Masehi Itu?

Iaitulah sambutan keagamaan Kristian ‘alaihim laknatullah wa sukhtuh sebagaimana dinyatakan dalam Ensikolpedia Katolik :

For the Catholics in England Pius VI (19 March, 1777) established the following lists of feasts: Easter and Pentecost two days each, Christmas, New Year’s Day, Epiphany, Ascension, Corpus Christi, Annunciation, Assumption, Sts. Peter and Paul, St. George, and All Saints. [ http://www.newadvent.org/cathen/06021b.htm ]

Jelas daripada senarai perayaan kristian di atas menurut Gereja England, New Year’s Day adalah termasuk perayaan keagamaan.

Lebih daripada itu, tarikh 1 Januari sebagai tahun baru diakui sendiri oleh Kristian ianya berasal daripada agama Pagan atau Penyembah Berhala sebagai berikut :

Christian nations did not agree in the date of New Year’s Day. They were not opposed to 1 January as the beginning of the year, but rather to the pagan extravagances which accompanied it.

[ http://www.newadvent.org/cathen/11019a.htm ]

Apabila telah sabit akan hal ini maka diketahui secara daruri perayaan ini dilarang dalam Islam. Dalilnya adalah sebagai berikut :

Pertama : Firman Allah s.w.t dalam surah al-Furqan ayat 72 apabila Allah Taala menceritakan sifat-sifat orang mukmin sejati dinyatakan :


Maksudnya : “dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya Dengan cara membersihkan diri daripadanya”.

Menurut Ulama Tafsir, maksud al-Zur (Lihat tempat bergaris) adalah perayaan-perayaan orang kafir [Ibn Kasir, 6/130].

Jelas daripada ayat ini Allah melarang kaum muslimin menghadiri perayaan kaum muyrikin.

Kedua : Hadis Sahih daripada Rasulullah s.a.w :


Maksudnya : Daripada Anas bin Malik katanya : Adalah kaum Jahiliah mempunyai dua hari dalam setahun untuk mereka bermain-main (berseronok) maka apabila Nabi s.a.w tiba di Madinah baginda bersabda : “Adalah kamu mempunyai dua hari (dalam setahun) yang kamu berlibur (berseronok) padanya dan Allah telah menggantikan keduanya dengan dua hari yang lebih baik iaitu Hari Raya Fitri dan Adha”. [al-Nasai, Sahih].

Daripada hadis ini, Rasulullah menyatakan bahawa Allah telah memansukhkan dan melarang Umat baginda merayakan perayaan Jahiliah dan sebagai ganti Allah Taala syariatkan dua perayaan dalam setahun iaiti Eidul Fitri dan Eidul Adha. Kaum Jahiliah adalah Pagan yakni penyembah berhala, maka sesuailah hadis ini melarang perayaan 1 Januari yang merupakan perayaan Pagan.

Ketiga : Hadis Sahih al-Bukhari dan Muslim berikut, sabda Rasulullah s.a.w :


Maksudnya : “sesungguhnya bagi setiap kaum (agama) ada perayaannya dan hari ini (Eidul adha) adalah perayaan kita”.

Berkata Imam Ibn Hajar al-Asqalani r.h dalam mensyarahkan hadis ini :


Maksudnya : “Diambil daripada hadis ini ketetapan hukum dilarang melahirkan rasa gembira pada perayaan kaum musyrikin dan meniru mereka (dalam perayaan)”. [Fathul Bari, 3/371].

Syeikh al-Nasafi al-Hanafi r.h memberi fatwa bahawa sesiapa yang menghadiahkan sebiji telur kepada orang kafir pada hari perayaan mereka kerana memuliakan sambutan perayaan tersebut maka dia kafir. [Ibid].

Keempat : Ijmak Ulama

Imam Ibn al-Qayyim r.h menyatakan dalam kitab beliau, Ahkam Ahli Zimmah :


Maksudnya : “Tidak boleh (haram) kepada kaum muslimin menolong orang musyrik menzahirkan syiar agama mereka”. [Ahkam Ahli Zimmah, 156].

Lalu dia menyatakan lagi :


Maksudnya : “dan sebagaimana mereka (kafir) tidak boleh menzahirkan syiar perayaan mereka maka tidak boleh pula bagi kaum muslimin menolong dan membantu mereka (mengadakan perayaan dan menzahirkan syiar agama mereka) dan tidak boleh menghadirinya dengan sepakat ulama”. [Ibid].

Kata beliau lagi :


Maksudnya: “adapun memberi tahniah kepada syiar-syiar kafir yang khusus dengannya maka adalah haram dengan ittifaq(ijma’) seperti memberi tahniah pada perayaan-perayaan mereka dan puasa mereka seperti dikata: “ ‘Eid Mubarak”(“Selamat Hari Raya”) atau “Tahniah dengan perayaan ini” dan seumpamanya. Jika pengucapnya selamat daripada iktikad kufur maka ianya haram (jika tidak, maka hukumnya kufur juga), ini kerana ucapan ini samalah seperti kita memberi tahniah atasnya kerana sujud kepada salib bahkan perbuatan ini lebih dahsyat daripada seseorang memberi tahniah kepada seseorang kerana meminum arak, membunuh, berzina dan seumpamanya”. [Ahkam Ahli Zimmah, 162].

Ulama telah ijmak, memberi ucapan selamat hari raya pun diharamkan, apatah lagi menyertai dan menyambutnya.

Berkata Ulama Hanafiah :

Maksudnya : “dan menjadi kafir seseorang muslim dengan dia menyertai perayaan kaum Majusi dan mengikuti apa yang mereka perbuat pada hari itu, dan demikian juga kafir dia jika dia membeli sesuatu pada hari Nairuz yang tidak pernah dibelinya pada hari lain kerana memuliakan hari tersebut bukan kerana dia memakan atau minum pada hari itu, dan jadi kafir dia dengan memberi hadiah walaupun sebiji telur kepada kaum musyrikin pada perayaan mereka kerana memuliakan hari itu”. [Majmak al-Anhar, 2/513]

Ulama Malikiah menyatakan :


Maksudnya : “Yakni, berseronok dan bergembira (menyambut) pada perayaan Nairuz yakni awal Tahun Qibti menghalang daripada seseorang menjadi saksi (dalam mahkamah) kerana ia perbuatan orang-orang Jahiliah (Pagan) dan Nasrani”. [al-Syarhul Kabir, 4/181]

Jelas daripada kenyataan ini, menyambut perayaan kafir adalah dosa besar.

Berkata Abul Qasim Hibatullah al-Syafii :


Maksudnya : “dan tidak boleh bagi muslimin menghadiri perayaan mereka (musyrikin) kerana mereka itu melakukan munkar dan dosa”. [Ahkam Ahli Zimmah,156]

Dalam al-Majmuk dinyatakan :


Maksudnya : “dan dilarang mereka itu (Ahli Zimmah yakni orang kafir yang hidup sebagai warganeraga negara Islam) daripada menzahirkan arak, babi, membnyi loceng, mengeraskan bacaan Taurat dan Injil, menzahirkan salib dan perayaan mereka serta menguatkan suara ratapan mayat”. [19/412]

Ulama Hanabilah menyatakan :


Maksudnya : “dan haram menghadiri perayaan Yahudi dan Nasrani dan selain mereka daripada orang kafir”. [Kaysaful Qina', 3/131]

Daripada kenyataan para ulama mazhab yang empat ini, menunjukkan semua mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah yang empat mengharamkan perayaan kafir sama ada menyertainya, memberi tahniah, atau membenarkan mereka mengadakan sambutan secara terbuka dalam negara Islam.

Kelima : Qaul Sahabat


Maksudnya : “Berkata Umar r.a : Janganlah kamu belajar lenggok bahasa ajam dan jangan masuk kepada orang musyrikin di tempat ibadat mereka pada perayaan mereka kerana kemurkaan Allah sedang turun kepada mereka”. [al-Baihaqi, Sahih].

Kesimpulan

Oleh itu, sabit dengan pasti bahawa Syariat Islam melarang umatnya daripada menyertai apa-apa perayaan agama lain termasuk antaranya sambutan Tahun Baru Masihi.

Usaha sesetengah mereka yang mendakwa pertubuhan dakwah atau pejuang Islam menyambut perayaan syirik ini dengan dakwaan menyampaikan dakwah Islam tidak ubah seperti Paul yang sanggup mengadaptasi akidah syirik masuk ke dalam ajaran Nabi Isa a.s dengan dakwaan menarik mereka mengikut agama Tauhid yang akhirnya menjadikan ajaran Nabi Isa a.s berubah menjadi agama syirik iaitu Nasrani.Nauzubillah min zalik.

Mengapa wanita itu ISTIMEWA??????

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..

bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..
ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??



Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

10 Pesanan RASULULLAH (S.W.T)...

10 Pesan Rasulullah

Ada sepuluh pesan Rasulullah saw yang mengajarkan kita praktis mengusir iblis dan bala tentaranya jika menyerang kita dengan rayuan-rayuan yang menyebabkan kita terjerumus kedalam jurang kehinaan tanpa kita sadari dengan memanfaatkan titik kelemahan kita . Mari kita memperhatikan pesan-pesan kenabian tersebut yang tertuang dalam bentuk dialog antara manusia dan setan ;

• Jika ia datang kepadamu dan berkata : “Anakmu mati”. Katakan kepadanya: “Sesengguhnya mahluk hidup diciptakan untuk mati, dan penggalan dariku (putraku) akan masuk surga. Dan hal itu membuatku gembira”. 

• Jika ia datang kepadamu dan berkata : “Hartamu musnah”.Katakan kepadanya: “Segala puji bagi Allah Zat Yang Maha Memberi dan Mengambil, dan menggugurkan atasku kewajiban zakat”. 

• Jika ia datang kepadamu dan berkata : “Orang-orang menzalimimu sedangkan kamu tidak menzalimi seorang pun”.Maka, katakan kepadanya :”Siksaan akan menimpa orang-orang yang berbuat zalim dan tidak menimpa orang-orang yang berbuat kebajikan ( Mukhsinin)”. 

• Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :”Betapa banyak kebaikanmu”, dengan tujuan menjerumuskan untuk bangga diri (Ujub). Maka ia katakan kepadanya :”Kejelekan-kejelekanku jauh lebih banyak dari pada kebaikanku”. 

• Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :”Alangkah banyaknya shalatmu”. Maka katakan :”Kelalaianku lebih banyak dibanding shalatku”. 

• Dan jika ia datang dan berkata :”Betapa banyak kamu bersedekah kepada orang-orang”. Maka katakan kepadanya :”Apa yang saya terima dari Allah jauh lebih banyak dari yang saya sedekahkan”. 

• Dan jika ia berkata kepadamu :”Betapa banyak orang yang menzalimimu”. Maka katakan kepadanya :”Orang-orang yang kuzalimi lebih banyak”. 

• Dan jika ia berkata kepadamu :”Betapa banyak amalmu”. Maka katakan :”Betapa seringnya aku bermaksiat”.

• Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :”Minumlah minum-minuman keras!” Maka katakan :”Saya tidak akan mengerjakan maksiat”.

• Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :”Mengapa kamu tidak mencintai dunia ?” Maka katakan :”Aku tidak mencintainya dan telah banyak orang lain yang tertipu olehnya”.

Saturday, November 27, 2010

7 PRINSIP UTAMA ILLUMINATI

Illuminati merupakan sebahagian daripada Freemasonary yang berdiri atas landasan falsafah Zionisme.

Illuminati adalah sebuah kerajaan bayangan yang terdiri daripada tokoh-tokoh penting samaada dari segi politik, ekonomi, ahli saintis dan sebagainya dalam mencaturi segala pergolakan dunia serta mendalangi segala konspirasi untuk menguasai dunia. Matlamat mereka adalah untuk mencipta New World Order iaitu One world Goverment. Illuminati lebih kepada sebuah organisasi dunia yang terdiri daripada ahli super power elite yang kaya untuk menjadikan masyarakat dunia menjadi hamba (slave).

Tokoh-tokoh penting ini pula berusaha sedaya upaya untuk mencari agen. Diharapkan agen ini akan menjalankan operasi proksi di beberapa negara agar New World Order menjadi kenyataan di dunia ini. Sehubungan dengan itu, apakah wujud proksi tersebut di Malaysia? Mari kita sama-sama merenung perhubungan dan interrelation di bawah.
7 PRINSIP UTAMA ILLUMINATI:

1. Aboliton of all national government.
(Menghapuskan seluruh pemerintahan yang berorientasi kepada nasionalisme)

2. Abolition of all religions except satanism.
(Menghapuskan seluruh agama kecuali ajaran syaitan)

3. Aboliation of family value.
(Menghapuskan nilai-nilai kehidupan keluarga dan individu harus tunduk kepada nafsu)

4. Abolition of private property.
(Menghapuskan hak pemilikan pribadi)

5. Abolition of inheritance by high inheritance taxes.
(Menghapuskan nilai pajak yang tinggi)

6. Abolition of patriotism.
( Menghapuskan jiwa patriot - semangat cintakan negara)

7. Creation of the world government under the United Nations by Illuminati
(Menciptakan pemerintahan dunia dengan memperalat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) yang telah dikuasai kaum Iluminati)

20 Petua JANGAN......(Islah-Net)

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka,
syaitan sangat kasih orang yang begini.
Kalau tertidur lain cerita.

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
Kata ulama, kuman dari dalam tandas akan mengikut kaki kita semasa keluar dari tandas.
Kata orang tua2, masuk tandas tanpa alas kaki mewarisi kepapaan.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.
Orang tua2 berpesan minum atau makan pada bekas retak/sumbing membawa malang.

4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Bekas makanan yang dibiarkan bermalam, membawa penyakit.

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal
(kerana keluar kerja berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

6. Jangan tidur selepas solat asar atau pada waktu asar.
Makruh dan mewarisi gila / penyakit mental.
Kalau tak kena pada diri kita, ia akan kena pada
anak atau cucu kita pula.

7. Jangan tidur selepas solat maghrib atau pada waktu maghrib.
Mudah dirasuk syaitan dan mudah terkena sakit belakang dan sakit kepala.

8. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

9. Jangan makan makanan laut bersama makanan darat serentak.
Bahaya pada perut dan toksin di dalam badan.

10. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan,
atau keluar tanpa tujuan yang baik.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan, tidak dapat pahala.
Tuhan pun tidak redha pada kita.

11. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan atau sebelah kaki saja berkasut.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

12. Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Bahaya berbuat begitu semasa memandu, mudah berlanggar atau terbabas.

13. Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
Punca hati jadi tidak tenteram.
Punca orang yang solat tidak pernah khusyuk.

14. Jangan menangguh taubat apabila berbuat dosa,
kerana malaikat maut tidak menunggu kita bertaubat baru nak ditarik nyawa.

15. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
Tuhan suka orang yang merendah diri.
Orang yang meminta maaf tidak pernah rugi di akhirat.

16. Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan, kita hilang bahagia.

17. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

18. Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita, menolak bala bencana.

19. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Banyak gelak lambang kelalaian.
Banyak gelak juga menggelapkan hati.

20. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik
dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

21. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

22. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Hidup di dunia ini amat pendek & tidak perlu disusahkan hati olehnya.

23. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN...
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaan-Nya.
Sepandai-pandai kita, tetap jahil juga dengan hikmah kejadian makhluk Allah.

24. Jangan banyak bersoal tentang dalil, hujah, asbab, atau meminta perician sesuatu hukum atau perkara,
ia punca Bani Israel mendapat susah dan akhirnya dimurkai Allah.
Terima seadanya dan bertanya yang perlu saja.
Iaitu yang dapat membawa kita lebih dekat dengan pencipta,
bukan yang menambah ego diri sendiri. Syaitan pun sayang banget kat kita!
Ia juga tanda kita tidak yakin dengan ilmu & penyampainya.
Syaitan suka sangat orang yang macam ni.

Ku pohon MAAF......

Salam ana tujukan kepada semua reader blog nier...
Ana nak minta maaf atas kesalahan ana yang tidak mengUPDATEkan blog nier kerana busy dengan aktiviti and sebagainya...
So ana harap semua reader dapat memaafkan ana....
Insya ALLAH... Ana akan cuba mengupdate blog ini setiap hari(itupun kalau boleh la)
ataupun seminggu sekali....
Ana harap semua readers dapat keep in sentuh(touch) dengan ana....

Lawatan ke Genting Highlands (berbayar)

Assalamualaikum,

Minta Maaflah Saudara kerana lambat updated blog.

Pada 17 bulan 11 tahun 2009 S.M.K.A Al-Mashhor(L) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Genting Highlands (bukan lawatan sambil belajar pun). Sebanyak 70+1(anak cikgu nasar) orang pelajar dan 5 guru pengiring.

Lawatan kali ini tidak melibatkan Cikgu Nasar tetapi melibatkan wakilnya iaitu anaknya sendiri. Pada hari ini semua orang sudah tak sabar-sabar lagi untuk bersiap-siap ada yang sampai tak tidur "packing baju" sehinggalah tertidur dalam bas..... ana tak tipu, ana ada bukti............
INI DIA.............(nanti ana bubuhla)

Tepat pukul 9.00 Pagi tapi rasanya tak tepat lebih kuranglah, kami bertolak dari Al-Mashoor terus ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Negeri Sembilan.
Perjalanan yang agak lama dan membosankan kerana semua pelajar dalam asyik tidur je......

Setelah sampai di Ukm, hujun pun turunlah dengan lebatnya. Kemudian, kami telah disambut dengan seyuman yang manis daripada Professor. Selepas semua pelajar telah masuk ke dalam dewan Professor pun memulakan dengan penerangan tentang Ukm......

Selepas mendengar penerangan seperti biasalah perut pun dah lapar. Kami semua dibawa ke Kedai Satay Kajang Haji Samuri. Disana semua pelajar makan dengan khusyuk...... termasuk guru pengiring.......