Saturday, October 31, 2009

"ISLAM DIHINA DI MALAYSIA" BANGKITLAH UMAT ISLAM

Baca sama-sama...

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??? Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah.. baik tak! de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia .
Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di d! alam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa minta di'tiada' kan .

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-a! gama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?... Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?....Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'.. .Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'. ..
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasukla! h akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- -------
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafi! r dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)

Allahua`ala `alam.
5 MAY 2009

**SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM
LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT
TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM...INGAT ALLAH BERSAMA DENGAN ORANG_ORANG YANG MEMPERJUANGKAN AGAMA ISLAM..... ALLAH HU AKBAR
INGAT AGAMA ISLAM AKAN DILINDUNGI OLEH ALLAH....

Blog Anti-Islam? Anti-Malay?

Blog Anti-Islam? Anti-Malay?

Saya bukan nak promote blog,tapi nak bagi tahu tentang salah satu blog yang diwujudkan bagi menyemai idea menghapuskan kewujudan ISLAM di muka bumi ini.Kandungannya agak melampau.Penuh dengan racism dan hatred.
Ader jugak mereka kutuk negara kita malaysia pasal isu murtad Lina Joy.

Mereka ini sebenarnya yang perlu kita bendung.Mereka mengaku konon penganut setia agama Kristian dan Yahudi serta menghina Nabi Muhammad dan Allah.

Tetapi mereka sendiri tidak mengamalkan apa yg terkandung dalam agama Kristian,mereka lakukan seks di luar nikah dan bunuh orang sesuka hati.

Mereka ini menggunakan agama untuk menyemai kebencian.
Blog ini sangat bahaya kerana ia boleh menggugat akidah seorang Islam.
Mereka dengan begitu cerdiknya mempersoalkan kepincangan yang berlaku dalam umat islam hari ini.

Mereka mempersoalkan kemiskinan,seruan jihad daripada Tuhan untuk menentang kafir dan pelbagai lagi masalah yang melanda umat Islam.
Saya menyeru kepada anda dan diri saya sendiri supaya kita muhasabah balik apa yang berlaku sekarang ini kepada umat islam.
http://pedestrianinfidel.blogspot.com/

Saya juga nak memperkenal anda kepada satu blog anti-Melayu yang dibuat oleh Cina.Memang saudara akan lagi sakit hati kalau baca
http://maobi.blogspot.com/ ?

Apabila melawat blog yang diberikan oleh habib iaitu http://maobi.blogspot.com/ dan http://pedestrianinfidel.blogspot.com/, timbul perasaan marah dan geram pada perasaan saya. Ya, sangatlah marah!

Namun saya baca satu persatu post terutama diblog maobi kerana blog tersebut ditulis oleh orang Malaysia sendiri tetapi cina. Dan bila diperhatikan dibahagian komen blog tersebut, tertera nama murtad_girl. MasyaAllah, lihatlah betapa beraninya dia!

Saya kira golongan sebegini sukar diubati lagi. Bila ada blog yang saya lawati menjatuhkan Islam, InsyaAllah saya akan post kan komen tetapi bila terjadi perang mulut maka saya gunakan konsep ?Aku dengan agamaku, kamu dengan agamu?

Hal ini juga menyedarkan saya bahawa penggunaan blog pada masa kini juga boleh mendorong kepada hal-hal yang tidak elok. Ini berbalik kepada konsep, niat dan cara. Niat kita hendaklah ikhlas,benar dan wajib juga menggunakan cara yang betul.

Blog boleh menjadi senjata kepada golongan kafir tetapi jangan lupa bahawa kita, orang Islam juga mampu berbuat demikian. Caranya?

Saya berpendapatan perlu wujudnya satu ruangan khas disetiap blog untuk sembang isu semasa dan diletakkan isu mengenai isu-isu keIslaman atau isu semasa tidak kira apa-pun konsep blog: tidak kira blog anda adalah blog tutorial, blog bisnes, blog video mahupun blog bergambar. Apabila jumpa sahaja post berkaitan, terus reply diblog sendiri menggunakan fungsi backlink(jika blogspot). Beri ruang kepada anda bersuara. Saya tidak menggalakkan komen di blog tersebut kerana dengan satu klik, komen anda boleh terpadam.

Timbul juga kesedaran di hati saya untuk menyertai komuniti blog islam. Saya pasti ada dan saya akan cari, inikan dunia serba canggih. Jika tidak mampu berikan komen sekalipun, saya akan baca post mereka. Itupun jadilah.

Bagaimana dengan reaksi anda?

Wednesday, October 28, 2009

Festival Seni Khat Peringkat Negeri Anjuran S.M.K.A. Al-Mashoor(L)


FESTIVAL SENI KHAT PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2009

Tarikh dan tempat :

26/10/2009 di SMKA Al-Irsyad
27/10/2009 di SMKA Nibong Tebal
28/10/2009 di SMK Seri Balik Pulau
29/10/2009 di SMKA Al-Mashoor (L)
30/10/2009 di SMKA Al-Mashoor (L) Majlis Penutup

Fasilitator :
Ustaz Zuhud' Ulya Iberahim
Ustaz Hasrul Bin Hashim
Ustaz Muhammad Anis Bin Abd. Ghani
Cikgu Salawi Bin Ismail

Anjuran :
SMKA Al-Mashoor (L) dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Pulau Pinang

Di sini ada beberapa gambar mengenai festival ini:



Pihak Tuan Rumah Sedang Menulis Khat





Para Peserta Memberi Tumpuan Sepenuhnya(KHUSYUK)



Fasilitator(Ustaz Zuhud' Ulya Iberahim) Sedang Menunjukkan Demo(Penulisan Khat)





Beberapa Penghasilan Seni Khat Oleh Fasilitator

Monday, October 26, 2009

Kajian Tentang Gempa Bumi

SUBHANALLAH!!!subhanallahh..waktu2 gempa di indonesia :
di Tasik 15:04 ,
di Padang(gempa pertama) 17:16 ,
diPadang(gempa kedua) 17:58 ,
gempa di Jampi(ke esokkannya dr padang) 08:52...
cuba lihat surah dan ayat Quran berdasarkan waktu2 ini..Ya Allah,Maha Besar...manusia memang menzalimi diri mereka sendiri....

1.dan Kami tidak membinasakan suatu negeri melainkan sudah ada ketentuan yang ditetapkan baginya. Al-hijr 15:4

2.dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (agar mentaati Allah), tetapi apabila mereka melakukan kedurhakaan di dalam (negeri) itu, maka sepantasnya berlakulah terhadapnya perkataan (hukuman Kami), kemudian Kami binasakan sama sekali (negeri itu). Al-Isra 17:16

3.dan tidak ada satu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami siksa (penduduknya) dengan siksa yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz). Al-Isra 17:58

4.(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan pengikut Firaun dan orang-orang yang sebelum mereka. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sungguh, Allah Maha Kuat lagi sangat keras siksaanNya. Al-anfal 8:52

Komen ini telah menarik minat saya untuk menyelidiki kembali tentang gempa bumi ini. Setelah saya memeriksa kembali waktu gempa bumi seperti yang dinyatakan oleh beliau, saya mendapati ada dua waktu yang pasti betul, iaitu gempa bumi pertama di Padang, iaitu pada pukul 17.16 dan gempa bumi di Jambi pada pukul 08.52. Adakah ini petanda dari Allah? Atau kebetulan?

17.16
Diambil dari sini!
Gempa bumi dengan magnitud 7.6 yang melanda Sumatera Barat kira-kira 5.16 petang waktu Indonesia Barat semalam mengakibatkan beberapa bangunan utama di Padang mengalami kerosakan teruk, seperti Rumah Sakit Umum Pusat M Jamil Padang, Rumah Sakit Selasih dan Hotel Rocky.

Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.
Al-Israa ayat 16. (17:16)

08.52
Dipetik dari sini!
Jambi (ANTARA News) - Gempa bumi tektonik berkekuatan 7,0 Skala Richter (SR) yang menggoncang Kabupaten Kerinci, Provinsi Jambi, Kamis pukul 08.52 WIB di 46 Km tenggara Sungaipenuh, di kedalaman 10 Km, merusak lebih dari seribu rumah warga di sejumlah desa di daerah itu.

(Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka dengan sebab dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksaNya.
Al-Anfaal ayat 52. (8:52)

Waktu-waktu lain saya tidak dapat pastikan kebenarannya. Mungkin betul, mungkin tidak. Apa yang mahu saya kongsikan di sini sebenarnya adalah 3 tanda kiamat besar yang telah terjadi pada tahun ini sahaja secara berterusan!

Seperti sabda Rasullulah,
Nabi saw. bersabda:
“Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
Hadis Riwayat Muslim

Tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab. Hal ini saya tidak perasan sebelum ini, tetapi pada malam ini tiba-tiba terdetik tentang perkara ini. Entah kenapa tiba-tiba hati saya terdetik untuk menyelidiki tentang hadis ini secara lebih mendalam lagi.

Apa yang mahu saya tegaskan di sini ialah, ketiga-tiga gempa bumi itu telah berlaku dalam tahun ini sahaja!

Pertama, gempa di timur.
Perkara ini baru sahaja berlaku di Padang, Indonesia. Tidak perlu saya ulas lanjut tentang gempa ini kerana saya percaya anda semua sudah sedia maklum tentang gempa bumi ini. Sedikit gambar-gambar mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia.

Gempa bumi di barat.
Gempa bumi di barat telah berlaku di bandar L'Aquila, Ital pada 6 April 2009i. Seramai 90 orang meninggal dan 10 000 orang kehilangan tempat tinggal akibat gegaran 6.3 pada skala ritcher.


Gempa bumi di Semenanjung Tanah Arab

Dipetik dari Kosmo!
RIYADH - Perkhidmatan pemantau gempa bumi Arab Saudi menggesa penduduk di beberapa buah kampung di barat negara itu berpindah selepas gegaran berukuran 5.39 pada skala Richter dikesan berlaku.

Pusat Gempa Bumi dan Gunung Berapi Kebangsaan Arab Saudi menyatakan dalam satu kenyataan bahawa satu gempa bumi yang berlaku menjelang Subuh itu tidak menyebabkan kerosakan, kematian atau kecederaan.

Bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan semalam meminta penduduk di lima buah kampung di barat kota Mekah supaya berlindung di khemah-khemah perlindungan yang dibina oleh pihak berkuasa.

Stesen-stesen televisyen Arab melaporkan bahawa kebanyakan penduduk sudah berpindah ke pusat perlindungan itu.

Pihak berkuasa turut mengedarkan topeng perubatan selepas orang ramai membuat aduan mengenai bau yang tidak menyenangkan akibat gempa bumi itu.

Sebelum ini, gempa bumi berukuran 4.9 pada skala Richter turut dikesan berlaku di kawasan sama. - AP

Adakah tanda-tanda yang ditunjukkan ini hanyalah kebetulan semata-mata? Terpulang kepada anda untuk menafsirkannya. Tujuan saya menulis artikel ini hanyalah untuk peringatan kepada saudara seislam saya. Hanya Allah yang maha mengetahui segalanya.

Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Quran itu benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu.
( Fussilat 41: 53)

Allah Saja Yang Tahu

Biodata IBLIS Laknatullah



Nama :Iblis Laknatullah
Tarikh kelahiran :Bermula daripada keengganannya sujud kepadaNabi Adam a.s.
Pejabat operasi :Tandas, bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat
Status diri :Fasik kelas pertama
Rakan kongsi :Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan manusia
Agama :Kufur.
Sumber pendapatan :Segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba
Jenis perkhidmatan :Menggalakkaan manusia mengerjakan kemungkaran dan kederhakaan terhadap Allah
Tempat tinggal di akhirat :Neraka Jahannam
Tempoh perkhidmatan :Sehingga hari kiamat
Kawasan :Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah
Matlamat Perjalanan :Membawa setiap makhluk ke Neraka Jahannam
Arah perjalanan :Tiada haluan dan bengkang bengkok
Teman Sejawat :Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
Isteri di dunia :Setiap wanita yang tidak menutup aurat dan mentaati Allah, Rasul dan suaminya
Ganjaran :Dosa dan kemurkaan Allah
Kaum kerabat :Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah
Berkomunikasi dengan…Orang yang suka mengumpat, mencaci memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam
Modal pusingan :Angan-angan kosong
Makanan kegemaran :Daging orang mati dan segala najis dan kotoran
Tempat pertemuan :Pasar-pasar
Yang ditakuti :Orang mukmin yang bertakwa, beriman, dan beramal
Musuh ketat :Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
Yang dibenci :Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
Motto kerja :'Hipokrasi asas akhlak'
Alat perangkap :Wanita cantik, model, pelacur, peragawati dan sebagainya
Kesukaannya :Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkannya
Saat ajal :Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak
Cita-cita :Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
Janji-janji :Janji kosong, angan-angan dan tipu daya
Kelemahannya :Bila orang membaca Istighfar
Yang membuatnya menangis :Bila orang sujud kepada Allah s.w.t
Lambang :Sebarang tatu

Saturday, October 24, 2009

Skim cepat kaya cara ISLAM

Sabda Rasulullah s.a.w.: Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran

Sabda Rasulullah s.a.w. : Siapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Masud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w. : Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan; (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w. : Barang siapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqiah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua;

Menurut fatwa sebahagian Ulama katanya: Barangsiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.

Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana di ambil dari lafal Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqiah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Di dalam surah Al-Waqiah terkandung beberapa khasiat, antara lain:
Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isyak;. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqiah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isyak; bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. InsyaAllah berhasil.
Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Menurut Asr Syeikh Abir Abbas katanya
Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqiah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqiah itu pada setelah fardhu Isyak pada Jumaat berikutnya.
Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqiah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.

InsyaAllah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya.

Prepared by,
Shuk94
(mad lillah)

Hidup Anda Dibentuk Oleh Fikiran Anda

Pada suatu hari, Nabi SAW telah menjenguk seorang lelaki arab desa ( badwi ) yang sedang sakit. Baginda menghibur dan membesarkan hati lelaki itu dengan mengatakan “ Semoga penyakitmu ini menjadi penawar dosa”. Lalu si lelaki itupun menjawab “ namun demam ini demam yang sangat panas, menimpa seorang tua bangka, untuk mengheretnya ke liang kubur!!”. Mendengar keluhan lelaki itu, Nabi bersabda “ jika begitu, akan demikianlah jadinya!!”.


Situasi di atas menjelaskan kepada kita tentang bagaimana fikiran manusia itu akan mempengaruhi hidupnya. Setiap hari, setiap jam, setiap minit dan setiap saat manusia pasti dihujani dengan ujian-ujian dari Tuhan samada dalam bentuk kegembiraan atau kesedihan. Nabi telah cuba mengubah rasa hati lelaki itu dengan mendoakan agar penyakit itu sebagai penghapus dosa buat dirinya dengan tujuan menggembirakan hati lelaki yang sedang sakit itu. Namun penerimaannya berbeza sekali dengan melihat penyakitnya itu sebagai sesuatu yang membinasakannya dan menyebabkannya menjadi marah. Sudah pasti sekiranya lelaki itu melihat penyakitnya itu sebagai penghapus dosa sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah, menjadikan hidupnya kembali bersemangat, ceria dan tenang menerima ujian tersebut. Nah!! Dia telah memilih sebaliknya, maka dia menjadi marah dan merasakan hidupnya tidak akan lama dan akan bernoktah.

Mari kita perhatikan pula di sekeliling kita. Tentu kita pernah bertemu dengan satu situasi yang sama tetapi dilalui oleh dua orang yang berbeza. Misalnya di sebuah jabatan kerajaan, seorang ketua jabatan telah member i sebuah “ assignment” kepada dua orang pegawai di bawahnya untuk diselesaikan dalam tempoh 3 hari. Lihat, bagaimana seorang pegawai menerimanya dengan senyuman ceria dan bersemangat dan seorang lagi menerimanya dengan senyuman yang tawar dan hati yang sakit. Mengapa penerimaannya berbeza sedangkan tugasannya sama? Seperti yang telah dijelaskan di atas, pemikiran yang berbeza menjadikan penerimaannya berbeza.

Mengapa kita suka melihat ke dalam diri orang lain, sedangkan kita juga sering mengalaminya, malah kadangkala lebih dahsyat daripada yang digambarkan dalam cerita di atas. Mungkin kita bukan sekadar senyum tawar, malah mungkin kita akan menolak tugasan tersebut dengan alasan yang pelbagai atau sekurang-kurangnya kita menjawab dengan jawapan yang menyakitkan hati pihak lain yang mendengarnya. Kenapa kita jadi begitu? Ya, jawapannya kerana kita telah dibentuk oleh fikiran kita yang negatif. Kenapa kita tidak melihat tugasan itu sebagai satu peluang untuk kita belajar dan mencari pengalaman baru. Kenapa kita tidak bersangka baik bahawa tugasan itu diberikan kepada kita kerana “ Bos “ percayakan kita. Kenapa kita perlu melihat ia sebagai satu beban yang baru kepada beban-beban tugas yang sedia ada. Bila anda terlalu tertekan dengan beban kerja yang anda tanggung, tunggulah bil klinik atau hospital yang berdekatan dengan anda. Atau mungkin anda perlu berjumpa secara berjadual dengan pakar psikatri anda kerana beban hidup semakin tidak mampu ditangani oleh diri anda sendiri.

Cuba perhatikan dua ayat di bawah ini :

Di antara orang-orang arab badwi itu, ada orang yang memandang apa yang dinafkahkan ( di jalan Allah ) sebagai suatu kerugian dan dia menanti-nanti bahaya menimpamu, merekalah yang akan ditimpa bahaya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ( At-Taubah : 98 )

Dan di antara orang-orang arab badwi itu, ada orang yang beriman kepada Allah dan hari kematian, dan memandang apa yang dinafkahkan ( di jalan Allah ) itu sebagai jalan mendekatkannya kepada Allah dan sebagai jalan untuk memperoleh doa Rasul. Ketahuilah, sesungguhnya nafkah itu adalah suatu jalan bagi mereka untuk mendekatkan diri ( kepada Allah ) ( At-Taubah : 99 )


Berbeza bukan? Mereka sama-sama berkorban dengan menyerahkan harta benda mereka setelah diminta. Namun, sebahagiannya menganggap ianya sebagai satu beban yang pasti akan merugikan mereka. Manakala sebahagiannya yang lain melihatnya sebagai satu zakat yang mesti diserahkan sebagai jalan untuk membersihkan jiwa dan mengharapkan doa yang baik setelah melaksanakannya.

Islam memang telah menceritakan kepada kita bagaimana fikiran akan membentuk hidup kita. Kenapa perlu di sangkal lagi. Jika masih tidak percaya, mengapa Marcus Aurelius, seorang kaisar Romawi Kuno bias mengatakan “ Hidup kita dibentuk oleh fikiran kita”. Malah seorang penulis hebat dari Barat bernama Dale Carnegie yang telah menulis buku bertajuk How To Stop Worriying And Start Living turut mengatakan di dalam bukunya bahawa “ Fikiran kitalah yang menbentuk peribadi kita dan arahan fikiran kita adalah faktor utama yang menentukan perjalanan hidup kita”.

Seorang kanak-kanak menangis kerana ditinggalkan keseorangan di dalam bilik yang gelap oleh ibunya. Tetapi apabila dia sudah membesar dan dapat mengawal fikirannya, pasti dia yang dulunya takutkan “ gelap “ berubah kepada sebaliknya. Ya, situasi yang sama bukan, tetapi 2 tindakan yang berbeza. Satu ketika pernah takut dan menangis, bila semakin membesar ia tidak lagi takut malah sentiasa bergelap untuk tidur. Gelap tidak lagi mempengaruhi emosinya. Inilah sebenarnya kesan dari fikiran seseorang itu sehingga mempengaruhi hidupnya. Sekiranya kita memikirkan kegembiraan, kita pasti akan rasa gembira dan sentiasa tersenyum. Jika kita memikirkan kesedihan, pasti kita akan berasa sedih dan murung. Sekiranya kita meikirkan ke takutan, pasti kita akan berasa takut dan sekiranya kita memikirkan sakit, mungkin sakit itu akan menjadi kenyataan.

Kita kena berubah kepada kehidupan baru. Kita harus sama-sama berusaha untuk mengubah kehidupan kita dengan membentuk pemikiran yang positif dalam diri kita. Memang sukar kerana ia memerlukan iltizam dan usaha yang sungguh-sungguh dalam diri kita di samping doa yang tidak berkesudahan ke hadrat Ilahi. Kita harus memulakan hidup baru dengan fikiran baru yang lebih segar yang berlandaskan al quran dan Sunnah Nabi SAW . Jangan kita biarkan pemikiran kita merosakkan kehidupan kita. Jangan kita biarkan fikiran kita menghalang kita menjalani kehidupan yang lebih baik. Dan jangan kita biarkan fikiran kita menjadikan hidup kita suram tidak bermanya.

Firman Allah :

Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri. Sekiranya Allah berkehendakkan keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya dan sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia _ Ar Ra’ad: 11 ).

Selamat berubah kepada kehidupan baru

Wallahua’lam

Alamat mati dalam Husnulghathimah (keadaan baik)

# Sempat mengucap dua kalimah syahadah.
# Berpeluh didahi. Sabda Rasulullah:"Bahawa matinya seseorang mukmin itu dengan kelaurnya peluh didahi", Riwayat oleh Ahamd dan Termidzi.
# Mati pada malam atau hari Jumaat. Sabda Rasulullah "Tidak seorang muslim pun yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.
# Mati di medan perang keran membela agama Allah.
# Bagi orang yang mati syahid ada 6 kelebihan:
1. Akan diampuni dengan serta merta dosanya serta diperlihatkan tempat duduknya disyurga (kecuali mereka yang masih ada urusan hutang).
2. Diselamatkan dari seksa kubur.
3. Aman dari ketakutan yang teramat besar dan dahsyat.
4. Diperhiasi dengan iman.
5. Dikahwinkan dengan bidadari (semiskin - miskin ialah 49 bidadari).
6. Dapat memberi syafaat kepada 70 orang keluarganya. Riwayat oleh Termizi, Ahamd dan Ibnu Majah.
# Mati kerana melhirkan anak.
# Mati kerana taun, Sabda Rasulullah, "taun itu satu kematian syahid bagi setiap mukmin". (Hendakalh ia sabar dan redha menganggungnya). Riwayat oleh Muslim.
# Mati akibat sakit perut maka ia mati syahid, sabda Rasulullah, Dan barang siapa mati kerana sakit perut maka ia mati syahid". Riwayat oleh Muslim.
# Mati tengelam dan tertimbus oleh bangunan.
# Mati terbakar. Riwayat Tabrani.
# Mati dalam nifas. Riwayat At Tabrani.
# Mati kerana sakit TB. Sabda Rasulullullah, "orang yang mati kerana menanggung penyakit kurus kering ia mati syahid. Riwayat Tabrani.
# Mati akibat luka perang du jalan Allah. Sabda Rasulullah "Barang siapa yang luka kerana perang di jalan Allah itu mati, maka beerti ia syahid, atau kena pijak oleh unta atau kudanya atau ia mati ditempat tidurnya (setelah berperang itu) dengan sebab apa - apa pun yang dikehendaki oleh Allah, maka sesungguhnya ia adalah mati syahid dan akan masuk syurga". Riwayat Daud.
# Mati mempertahankan harta. Riwayat Bokhari.
# Mati kerana mempertahankan diri. Sabda Rasulullah "Barang siapa terbunuh kerana mempertahankan darahnya (dirinya) maka ianya mati syahid. Riwayat Abu Daud.
# Mati dalam bersiap - siap untuk berperang dijalan Allah.
# Mati ketika sedang beramal soleh seperti sedang menuntut ilmu (ilmu yang dibolehkan oleh Islam) dimasjid atau sedang berdakwah.
# Berkata Abu Laith, "Barangsiapa yang ingin selamat dari seksa kubur maka haruslah ia melazimi 4 perkara dan meninggalakan 4 perkara:
1. Mejaga sembahyang 5 waktu.
2. Banyak bersedekah.
3. Banyak membaca Al Quran.
4. Banyak bertasbih.
Dan hendaklah ia meninggalakan:
1. Meninggalkan dusta.
2. Meninggalakan sifat khianat.
3. Meninggalkan sifat mengadu - domba.
4. Mejaga Kencing.

masyaAllah beruntunglah sape2 yg dapat mati dlm keadaan sedemikian....

Ya Allah jadikan kami di dalam kalangan org2 yg mati husnul khatimah............ameenn...

Prepared by,
Shuk94
(M@d Lill@h)

ABU UBAIDAH AL JARRAH by Shuk94

ABU UBAIDAH AL JARRAH

Rasulullah saw pernah bersabda;

“Sesungguhnya dalam setiap kaum terdapat orang yang jujur. Orang yang jujur di kalangan umatku adalah Abu Ubaidah al Jarrah.”

Dalam hadis yang lain Rasulullah saw bersabda lagi.

“Tiap-tiap umat ada orang yang memegang amanah. Dan pemegang amanah umat ini ialah Abu Ubaiodah al Jarrah.”

Nama sebenarnya Amir bin Abdullah bin Al Jarrah bin Hilal Al Fihri Al Quraisy. Terkenal dengan nama Abu Ubaidah Al Jarrah. Beliau lahir di Mekah dari sebuah keluarga Quraisy yang terhormat. Termasuk orang yang awal masuk Islam, selepas Abu Bakar as Siddiq.

Beliau salah seorang sahabat yang dijamin masuk Syurga. Berperawakan tinggi, kurus, berwibawa, bermuka ceria, selalu merendah diri dan amat pemalu. Kerana itu beliau disenangi oleh mereka yang mengenalinya.

Setelah menjadi pengikut Nabi Muhamad saw, Abu Ubaidah al Jarrah sanggup menghadapi kesulitan dan bersifat berani ketika berada di medan perang. Beliau mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah saw. Dalam perang Badar Abu Ubaidah al Jarrah cuba mengelak dari bertembung dengan ayahnya yang berada dalam pasukan Quraisy yang menentang Rasulullah saw.

Tetapi ayahnya telah bersumpah hendak membunuh anaknya sendiri kerana menjadi pengikut Muhamad. Abdullah terus memburu anaknya hingga suatu ketika Abu Ubaidah al Jarrah terpaksa berdepan dengan ayah sendiri. Dalam pertarungan itu Abu Ubaidah al Jarrah terpaksa membunuh ayahnya. Beliau berasa amat sedih sehingga turun ayat Al-Quran surah Al Mujadalah ayat 22 yang bermaksud.

“Engkau tidak menemukan kaum yang beriman kepada Allah dan hari kiamat yang mengasihi orang-orang yang menentang Allah dan Rasulullah, walaupun orang tersebut ayah kandung, anak, saudara atau keluarganya sendiri. Allah telah mematri keimanan di dalam hati mereka dan mereka dibekali pula dengan semangat. Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, mereka akan kekal di dalamnya. Akan menyenangi mereka, di pihak lain mereka pun senang dengan Allah. Mereka itulah perajurit Allah, ketahuilah bahwa perajurit Allah pasti akan berjaya.” (Al Mujadalah ayat 22)

Semasa berlakunya perang Uhud, Rasulullah saw terkena anak panah yang dilepaskan musuh lalu tersangkut pada rahang baginda. Abu Ubaidah al Jarrah mencabut anak panah itu dengan giginya sehingga giginya tercabut. Rasulullah saw memberinya gelaran “Gagah dan Jujur”.

Suatu hari datang satu rombongan dari Najran menemui Rasulullah saw lalu meminta baginda menghantar seorang yang boleh dipercayai bagi menyelesaikan pertengkaran di kalangan mereka serta mengajar agama Islam. Rasulullah saw berjanji akan menghantar seorang sahabat yang gagah dan jujur. Sehubungan dengan itu Umar al-Khattab berharap beliau yang akan dipilih Rasulullah saw tetapi orang yang berani dan jujur yang dimaksudkan itu ialah Abu Ubaidah al Jarrah.

Beliau juga seorang yang zuhud, tidak tamak kuasa dan harta. Di bawah pemerintahan khalifah Umar al Khattab, Abu Ubaidah al Jarrah dilantik menjadi ketua pasukan tentera Islam bagi menakluk kota-kota besar yang berada di bawah pemerintahan Rom seperti Kota Damsyik, Syria, Syam, Kota Aleppo, Kota Hims, Kota Antakiah dan Kota al Quds di Baitul Maqdis.

Ketika khalifah Umar al Khattab berkunjung ke Baitul Maqdis, beliau singgah di rumah Abu Ubaidah al Jarrah. Dilihatnya yang ada dalam rumah ketua panglima Islam itu hanyalah pedang, perisai dan pelana kuda sahaja.

“Wahai sahabatku, mengapa engkau tidak mengambil sesuatu dari harta rampasan perang sebagaimana orang lain mengambilnya?” Tanya Umar al Khattab.

“Wahai Amirul Mukminin, ini saja sudah cukup bagiku,” jawab Abu Ubaidah al Jarrah.
Saidina Umar al Khattab melantik Abu Ubaidah al-Jarrah memimpin tentera Islam bagi merebut kembali kawasan tanah Arab yang dijajah oleh kerajaan Rom. Beliau berjaya dalam tugas yang diberikan itu sehingga berjaya menakluk Baitul Maqdis.

Setelah menyelesaikan tugasnya, berlaku wabak penyakit Taun di Syam. Khalifah Umar al-Khattab mengirim surat memanggil Abu Ubaidah al Jarrah pulang ke Madinah namun beliau menolaknya kerana tidak sanggup membiarkan penduduk Syam dan tenteranya dalam bahaya sedangkan dia melarikan diri. Beliau menulis surat kepada Umar al Khattab.

“Wahai Amirul Mukminin! Sebenarnya saya tahu tuan memerlukan saya, akan tetapi saya sedang berada di tengah-tengah tentera Muslimin. Saya tidak ingin menyelamatkan diri sendiri dari musibah yang menimpa mereka dan saya tidak ingin berpisah dari mereka sampai Allah sendiri menetapkan keputusannya terhadap saya dan mereka. Oleh sebab itu, sesampainya surat saya ini, tolonglah jangan paksa saya pulang ke Madinah dan izinkanlah saya tinggal di sini.”

Setelah Umar al Khattab membaca surat itu, beliau menangis sehingga para sahabat menyangka Abu Ubaidah al Jarrah sudah meninggal. Umar menjawab, kematiannya sudah di ambang pintu.

Sebelum meninggal dunia Abu Ubaidah al Jarrah sempat berpesan kepada tenteranya, “Dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat, puasalah di bulan Ramadhan, berdermalah, tunaikanlah ibadah haji dan umrah, saling nasihat menasihatilah. Berilah nasihat kepada pimpinan kamu, jangan menipu, jangan terpesona dengan harta dunia. Sesungguhnya Allah telah menetapkan kematian untuk setiap manusia, kerana itu semua manusia pasti akan mati. Orang yang paling beruntung adalah orang yang paling taat kepada Allah dan paling banyak bekalnya untuk akhirat.”

Setelah Abu Ubaidah al Jarrah meninggal dunia, Muaz bin Jabal mengambil alih tempatnya lalu berucap di hadapan orang ramai.

“Wahai sekalian kaum Muslimin! Kamu sudah dikejutkan dengan berita kematian seorang pahlawan, yang demi Allah saya tidak menemukan ada orang yang lebih baik hatinya, lebih jauh pandangannya, lebih suka terhadap hari kemudian dan sangat senang memberi nasihat kepada semua orang. Oleh sebab itu kasihanilah beliau, semoga kamu akan dikasihani Allah.”

Abu Ubaidah al Jarrah meninggal dunia pada tahun 18 Hijrah di Urdun dalam wilayah Syam. Jenazahnya dikebumikan di kawasan yang pernah dibebaskannya daripada kekuasaan Rom dan Parsi. Ketika itu beliau berumur 58 tahun.

Disediakan oleh,
Shuk94
(M@D Lill@h)

Ekspidisi mendaki bukit bersama Cikgu NASAR(Program Gerak Gempur S.M.K.A. Al-Mashoor Lelaki)


23 October bersamaan dengan hari Jumaat , Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor Lelaki telah mengadakan ekspidisi mendaki bukit di Taman Belia bersama Murid-Murid Tingkatan 3 yang di ketuai oleh Cikgu mithali iaitu Cikgu Nasar. Beliau dijadikan ketua dalam ekspidisi ini kerana pengetahuan beliau dalam selok-belok mendaki bukit.Tambahan pula, beliau seorang yang kuat agama.

Sebelum kami berangkat ke tempat pendakian Cikgu Nasar tidak akan membenarkan sesiapa pergi tanpa bersolat sunat dhuha dan solat sunat hajat serta membaca al-quran 1 juzuk.

Selepas melakukan semua perkara tersebut , sebanyak 66 per 109 orang telah terlibat secara langsung dalam program ini dan diiringgi Cikgu Razak , Cikgu Iswandi dan Cikgu Najib serta Cikgu Nasar.



Tepat pukul 9.00 pagi semua pelajar telah mula mendaki bukit dengan tour guide kami Cikgu Nasar. Kami mengambil masa 30 minit untuk mendaki ke stesen 3.Setelah sampai di stesen 3 semua pelajar berada dalam keadaan yang memenatkan termasuklah tour guide kami yang telah pancit di tengah bukit.



Selepas itu semua pelajar telah cergas kerana Cikgu Nasar berjanji untuk membenarkan semua pelajar mandi di kolam Taman Belia. Selepas semua pelajar selamat turun dari Bukit , mereka semua sudah tidak sabar untuk mandi di kolam maklumlah sekali-sekala baru nak mandi.



Ada yang tak sabar-sabar sampai makan pun tak sempat , ada juga yang kena paksa mandi malahan tour guide kami pun dipaksa mandi.




Akhir sekali semua orang pulang dengan perasaan gembira walaupun sebanyak 66 pelajar disumbat dalam bas Al-Mashoor.

Akhir kalam , saya sebagai pemilik blog ini dan sebagai warga S.M.K.A. Al-Mashoor(L) berasa gembira dan bangga kerana terdapat cikgu-cikgu yang amat mengambil berat tentang pelajar-pelajarnya seperti Cikgu Nasar(tour guide) , Cikgu Razak ,Cikgu Iswandi , Cikgu Hafiz , Cikgu Najib , Cikgu Rashid dan terutama sekali Pengetua S.M.K.A. Al- Mashoor Tn Syed Baharom dan Cikgu Nasir serta semua cikgu yang telah menjayakan Program Gerak Gempur bagi Pelajar Form 3 sesi 2009..........

Disediakan oleh,
Shuk94
(MAD LILL@H)

Friday, October 23, 2009

Sony Ericson G705 kawan aku baru beli




Minggu lepas ade sorang kawan aku ni beli phone ni so aku tengok SONY ni best jugak tapi grafik dia kurang skit........jadi kau orang nilailah sendiri..........

2G Network GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
3G Network HSDPA 2100
HSDPA 850 / 1900 / 2100 - American version
Announced 2008, September
Status Available. Released 2008, November
Dimensions 95 x 47 x 14.3 mm
Weight 98 g
Type TFT, 256K colors
Size 240 x 320 pixels, 2.4 inches
- Accelerometer sensor for auto-rotate
- Wallpapers, screensavers
Alert types Vibration; Downloadable polyphonic, MP3, WAV ringtones
Speakerphone Yes
Phonebook Yes, up to 1000 entries, Photocall
Call records 30 received, dialed and missed calls
Internal 120 MB
Card slot Memory Stick Micro (M2), up to 8GB, 1GB card included
GPRS Class 10 (4+1/3+2 slots), 32 - 48 kbps
HSCSD Yes
EDGE Class 10, 236.8 kbps
3G HSDPA, 7.2 Mbps; HSUPA, 2 Mbps
WLAN Wi-Fi 802.11 b/g, DLNA
Bluetooth Yes, v2.0 with A2DP
Infrared port No
USB Yes, v2.0
Primary 3.15 MP, 2048x1536 pixels, LED flash
Features Geo-tagging
Video Yes
Secondary Videocall camera
Messaging SMS, MMS, Email, Push Email, IM
Browser WAP 2.0/HTML(NetFront 3.4), Web shortcut keys, RSS
Radio Stereo FM radio with RDS
Games Yes + downloadable
Colors Silky Gold, Majestic Black
GPS Yes, with A-GPS support
Java Yes, MIDP 2.0
- YouTube application
- MP3/AAC/MP4 player
- TrackID music recognition
- Picture editor/blogging
- Organizer
- Voice memo
Standard battery, Li-Po 950 mAh (BST-33)
Stand-by Up to 400 h
Talk time Up to 10 h

Keluaran Nokia terbaru iaitu X6.......






Keluaran nokia terbaru iaitu genaration X...
Baru-baru ni nokia telah mengeluarkan nokia x3 dan x6 tapi gambar yang berada di atas ni adalah gambar nokia x6.....
harga x6 ni lebih kurang RM 2400.00.....

2G Network GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
3G Network HSDPA 900 / 1900 / 2100 - excl. Lat. America & Brazil
Announced 2009, September
Status Coming soon. Exp. release 2009, 4Q
Dimensions 111 x 51 x 13.8 mm
Weight 122 g
Type TFT capacitive touchscreen, 16M colors
Size 360 x 640 pixels, 3.2 inches

- Proximity sensor for auto turn-off
- Accelerometer sensor for auto-rotate
- Handwriting recognition
- Scratch-resistant glass surface
Alert types Vibration; Downloadable polyphonic, MP3 ringtones
Speakerphone Yes, with stereo speakers

- 3.5 mm audio jack
Phonebook Practically unlimited entries and fields, Photocall
Call records Detailed, max 30 days
Internal 32GB storage, 128 MB RAM
Card slot No
GPRS Class 32
HSCSD Yes
EDGE Class 32
3G HSDPA, 3.6 Mbps
WLAN Wi-Fi 802.11 b/g, UPnP technology
Bluetooth Yes, v2.0 with A2DP
Infrared port No
USB Yes, v2.0 microUSB
Primary 5 MP, 2592x1944 pixels, Carl Zeiss optics, autofocus, Dual LED flash, video light
Features Geo-tagging
Video Yes, VGA@30fps
Secondary Yes, QCIF@15fps
OS Symbian OS v9.4, Series 60 rel. 5
CPU ARM 11 434 MHz processor
Messaging SMS, MMS, Email, Instant Messaging
Browser WAP 2.0/xHTML, HTML, RSS feeds
Radio Stereo FM radio with RDS
Games Spore, D Mix Tour, Asphalt4 + downloadable
Colors Blue on White, Red on Black
GPS Yes, with A-GPS support; Ovi Maps 3.0
Java Yes, MIDP 2.0

- WMV/RV/MP4/3GP video player
- MP3/WMA/WAV/RA/AAC/M4A music player
- TV-out
- Voice command/dial
- Document viewer (Word, Excel, PowerPoint)
- T9
- Photo editor

Standard battery, Li-Ion 1320 mAh (BL-5J)
Stand-by Up to 401 h (2G) / 420 h (3G)
Talk time Up to 8 h 30 min (2G) / 6 h (3G)
Music play Up to 35 h