Saturday, November 27, 2010

7 PRINSIP UTAMA ILLUMINATI

Illuminati merupakan sebahagian daripada Freemasonary yang berdiri atas landasan falsafah Zionisme.

Illuminati adalah sebuah kerajaan bayangan yang terdiri daripada tokoh-tokoh penting samaada dari segi politik, ekonomi, ahli saintis dan sebagainya dalam mencaturi segala pergolakan dunia serta mendalangi segala konspirasi untuk menguasai dunia. Matlamat mereka adalah untuk mencipta New World Order iaitu One world Goverment. Illuminati lebih kepada sebuah organisasi dunia yang terdiri daripada ahli super power elite yang kaya untuk menjadikan masyarakat dunia menjadi hamba (slave).

Tokoh-tokoh penting ini pula berusaha sedaya upaya untuk mencari agen. Diharapkan agen ini akan menjalankan operasi proksi di beberapa negara agar New World Order menjadi kenyataan di dunia ini. Sehubungan dengan itu, apakah wujud proksi tersebut di Malaysia? Mari kita sama-sama merenung perhubungan dan interrelation di bawah.
7 PRINSIP UTAMA ILLUMINATI:

1. Aboliton of all national government.
(Menghapuskan seluruh pemerintahan yang berorientasi kepada nasionalisme)

2. Abolition of all religions except satanism.
(Menghapuskan seluruh agama kecuali ajaran syaitan)

3. Aboliation of family value.
(Menghapuskan nilai-nilai kehidupan keluarga dan individu harus tunduk kepada nafsu)

4. Abolition of private property.
(Menghapuskan hak pemilikan pribadi)

5. Abolition of inheritance by high inheritance taxes.
(Menghapuskan nilai pajak yang tinggi)

6. Abolition of patriotism.
( Menghapuskan jiwa patriot - semangat cintakan negara)

7. Creation of the world government under the United Nations by Illuminati
(Menciptakan pemerintahan dunia dengan memperalat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) yang telah dikuasai kaum Iluminati)

20 Petua JANGAN......(Islah-Net)

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka,
syaitan sangat kasih orang yang begini.
Kalau tertidur lain cerita.

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
Kata ulama, kuman dari dalam tandas akan mengikut kaki kita semasa keluar dari tandas.
Kata orang tua2, masuk tandas tanpa alas kaki mewarisi kepapaan.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.
Orang tua2 berpesan minum atau makan pada bekas retak/sumbing membawa malang.

4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Bekas makanan yang dibiarkan bermalam, membawa penyakit.

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal
(kerana keluar kerja berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

6. Jangan tidur selepas solat asar atau pada waktu asar.
Makruh dan mewarisi gila / penyakit mental.
Kalau tak kena pada diri kita, ia akan kena pada
anak atau cucu kita pula.

7. Jangan tidur selepas solat maghrib atau pada waktu maghrib.
Mudah dirasuk syaitan dan mudah terkena sakit belakang dan sakit kepala.

8. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

9. Jangan makan makanan laut bersama makanan darat serentak.
Bahaya pada perut dan toksin di dalam badan.

10. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan,
atau keluar tanpa tujuan yang baik.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan, tidak dapat pahala.
Tuhan pun tidak redha pada kita.

11. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan atau sebelah kaki saja berkasut.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

12. Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Bahaya berbuat begitu semasa memandu, mudah berlanggar atau terbabas.

13. Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
Punca hati jadi tidak tenteram.
Punca orang yang solat tidak pernah khusyuk.

14. Jangan menangguh taubat apabila berbuat dosa,
kerana malaikat maut tidak menunggu kita bertaubat baru nak ditarik nyawa.

15. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
Tuhan suka orang yang merendah diri.
Orang yang meminta maaf tidak pernah rugi di akhirat.

16. Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan, kita hilang bahagia.

17. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

18. Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita, menolak bala bencana.

19. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Banyak gelak lambang kelalaian.
Banyak gelak juga menggelapkan hati.

20. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik
dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

21. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

22. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Hidup di dunia ini amat pendek & tidak perlu disusahkan hati olehnya.

23. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN...
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaan-Nya.
Sepandai-pandai kita, tetap jahil juga dengan hikmah kejadian makhluk Allah.

24. Jangan banyak bersoal tentang dalil, hujah, asbab, atau meminta perician sesuatu hukum atau perkara,
ia punca Bani Israel mendapat susah dan akhirnya dimurkai Allah.
Terima seadanya dan bertanya yang perlu saja.
Iaitu yang dapat membawa kita lebih dekat dengan pencipta,
bukan yang menambah ego diri sendiri. Syaitan pun sayang banget kat kita!
Ia juga tanda kita tidak yakin dengan ilmu & penyampainya.
Syaitan suka sangat orang yang macam ni.

Ku pohon MAAF......

Salam ana tujukan kepada semua reader blog nier...
Ana nak minta maaf atas kesalahan ana yang tidak mengUPDATEkan blog nier kerana busy dengan aktiviti and sebagainya...
So ana harap semua reader dapat memaafkan ana....
Insya ALLAH... Ana akan cuba mengupdate blog ini setiap hari(itupun kalau boleh la)
ataupun seminggu sekali....
Ana harap semua readers dapat keep in sentuh(touch) dengan ana....

Lawatan ke Genting Highlands (berbayar)

Assalamualaikum,

Minta Maaflah Saudara kerana lambat updated blog.

Pada 17 bulan 11 tahun 2009 S.M.K.A Al-Mashhor(L) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Genting Highlands (bukan lawatan sambil belajar pun). Sebanyak 70+1(anak cikgu nasar) orang pelajar dan 5 guru pengiring.

Lawatan kali ini tidak melibatkan Cikgu Nasar tetapi melibatkan wakilnya iaitu anaknya sendiri. Pada hari ini semua orang sudah tak sabar-sabar lagi untuk bersiap-siap ada yang sampai tak tidur "packing baju" sehinggalah tertidur dalam bas..... ana tak tipu, ana ada bukti............
INI DIA.............(nanti ana bubuhla)

Tepat pukul 9.00 Pagi tapi rasanya tak tepat lebih kuranglah, kami bertolak dari Al-Mashoor terus ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Negeri Sembilan.
Perjalanan yang agak lama dan membosankan kerana semua pelajar dalam asyik tidur je......

Setelah sampai di Ukm, hujun pun turunlah dengan lebatnya. Kemudian, kami telah disambut dengan seyuman yang manis daripada Professor. Selepas semua pelajar telah masuk ke dalam dewan Professor pun memulakan dengan penerangan tentang Ukm......

Selepas mendengar penerangan seperti biasalah perut pun dah lapar. Kami semua dibawa ke Kedai Satay Kajang Haji Samuri. Disana semua pelajar makan dengan khusyuk...... termasuk guru pengiring.......