Saturday, October 24, 2009

Ekspidisi mendaki bukit bersama Cikgu NASAR(Program Gerak Gempur S.M.K.A. Al-Mashoor Lelaki)


23 October bersamaan dengan hari Jumaat , Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor Lelaki telah mengadakan ekspidisi mendaki bukit di Taman Belia bersama Murid-Murid Tingkatan 3 yang di ketuai oleh Cikgu mithali iaitu Cikgu Nasar. Beliau dijadikan ketua dalam ekspidisi ini kerana pengetahuan beliau dalam selok-belok mendaki bukit.Tambahan pula, beliau seorang yang kuat agama.

Sebelum kami berangkat ke tempat pendakian Cikgu Nasar tidak akan membenarkan sesiapa pergi tanpa bersolat sunat dhuha dan solat sunat hajat serta membaca al-quran 1 juzuk.

Selepas melakukan semua perkara tersebut , sebanyak 66 per 109 orang telah terlibat secara langsung dalam program ini dan diiringgi Cikgu Razak , Cikgu Iswandi dan Cikgu Najib serta Cikgu Nasar.



Tepat pukul 9.00 pagi semua pelajar telah mula mendaki bukit dengan tour guide kami Cikgu Nasar. Kami mengambil masa 30 minit untuk mendaki ke stesen 3.Setelah sampai di stesen 3 semua pelajar berada dalam keadaan yang memenatkan termasuklah tour guide kami yang telah pancit di tengah bukit.



Selepas itu semua pelajar telah cergas kerana Cikgu Nasar berjanji untuk membenarkan semua pelajar mandi di kolam Taman Belia. Selepas semua pelajar selamat turun dari Bukit , mereka semua sudah tidak sabar untuk mandi di kolam maklumlah sekali-sekala baru nak mandi.



Ada yang tak sabar-sabar sampai makan pun tak sempat , ada juga yang kena paksa mandi malahan tour guide kami pun dipaksa mandi.




Akhir sekali semua orang pulang dengan perasaan gembira walaupun sebanyak 66 pelajar disumbat dalam bas Al-Mashoor.

Akhir kalam , saya sebagai pemilik blog ini dan sebagai warga S.M.K.A. Al-Mashoor(L) berasa gembira dan bangga kerana terdapat cikgu-cikgu yang amat mengambil berat tentang pelajar-pelajarnya seperti Cikgu Nasar(tour guide) , Cikgu Razak ,Cikgu Iswandi , Cikgu Hafiz , Cikgu Najib , Cikgu Rashid dan terutama sekali Pengetua S.M.K.A. Al- Mashoor Tn Syed Baharom dan Cikgu Nasir serta semua cikgu yang telah menjayakan Program Gerak Gempur bagi Pelajar Form 3 sesi 2009..........

Disediakan oleh,
Shuk94
(MAD LILL@H)

2 comments:

  1. oiiittt...
    madlillah bwat blog..
    haha..
    t ad aktiviti ap2 g ang sumbat r g dlm blog nyhh..
    wslam..

    ReplyDelete
  2. lawatan sejarah tak buh ka?

    ReplyDelete